Wednesday, 25 December 2013

Balik Kampung Pontian!

Hari ini cuti umum. Tapi Cik Long duduk sahaja di rumah. Kenapa eh?

Oh, semalam Cik Long dan keluarga Cik Long telah pulang ke kampung Pontian, Johor Bahru menziarahi Abah dan Emak Cik Long. Nampaknya semalam adalah hari terakhir Cik Long dapat berjalan-jalan sepanjang cuti sekolah ini. Esok Cik Long akan mula ke sekolah menghadiri mesyuarat yang panjang sebelum sekolah dibuka pada minggu hadapan.

Jalan ke kebun Abah dan Emak masih jalan kampung. Jalan yang tidak rata dan tidak bertar. Bila agaknya jalan raya di kampung akan bertar, ya?

Jalan Kampung

Cik Long juga telah menziarahi itik, angsa, ayam dan kucing-kucing Abah dan Emak. Cik Long terkejut apabila ternampak sebuah pondok kecil yang telah Abah bina untuk kucing-kucingnya. Wah, kucing pun ada pondok, tau! Nampak tak, seekor kucing yang sedang berehat di atas kerusi. Bukan main lagi! Ada beberapa ekor kucing yang sedang tidur di dalam pondok dan di atas bangku yang Abah buat. Hish, hish, hish! Seronok betul jadi kucing, kan! Ada orang yang jaga makan dan minum dan tempat tidur! Kucing tau makan, tidur, makan, tidur! Tidak perlu bekerja! Haha...


Pondok Kucing

Seronok betul tengok angsa-angsa ini yang sedang berehat di bawah pokok. Duduk berehat tetapi mulut bising aje.... Ang... Ang.... Ang....

Angsa


Itik-itik dan ayam-ayam juga sangat seronok berjalan-jalan di sekeliling kebun Abah.


Ayam

Itik

Suasana kampung sangat indah dan nyaman. Tidak sesibuk kota atau bandar, terutama sekali bandar di Singapura.


Pokok Malu-Malu





Sunday, 22 December 2013

Black n White Russian Chocolate Cake

Hari ini, Cik Long telah mengikuti kelas membuat Kek Russian pula.

Kek kali ini penuh dengan cokelat. Wow, sungguh teruja sekali melihat kek yang penuh dengan cokelat! Sepanjang membuat kek, Cik Long asyik menjilat jari yg penuh dgn cokelat. Hmmmm, tak sabar-sabar rasanya nak makan kek yang telah siap.

Beginilah kejadian kek yang sudah siap itu! Hmmmmmm....... Suka, suka, suka......

Kek Russian

Kek ini sesuai untuk jamuan minum petang atau untuk menyambut hari yang istimewa.




Cik Long muatkan resepi kek ini di sini untuk dijadikan bahan rujukan.

Sebenarnya sebelum membuat kek, Cik Long telah membuat Ganache dan Cream Cheese dahulu.

Bahan-bahan untuk Ganache (filling)

1. 90g Dark Couverture Chocolate
2. 90g Couverture Milk Chocolate
3. 120g Dairy Cream (Cik Long gunakan Meadow Fresh New Zealand Whipping Cream)

 Cara-caranya ialah:

1. Heat up dairy cream. (Tidak perlu mendidih, aslkan panas, masukkan chocolate dan gaul rata)
2. Add chocolate couverture and stir until well mix.
3. Put inside piping bag and keep in the fridge.

Bahan-bahan untuk Cream Cheese pula ialah:

1. 250g Cream Cheese
2. 50g Unsalted Butter
3. 100g icing sugar
4. 1 tsp vanilla

Cara-caranya ialah:-

1. Cream cheese and butter until cream smooth.
2. Add sifted icing sugar all at once and mix well.
3. Add the vanilla extract.
4. Put inside piping bag, and put aside.

Bahan-bahan untuk Kek pula ialah:

1. 58g Dark Couverture Chocolate (Cik Long gunakan 29g Dark Couverture. 29g Milk Couverture)
2. 13g Cocoa Powder (Cik Long gunakan Dutch process)
3. 1/2 cup hot water
4. 85g soft butter (Cik Long gunakan unsalted butter)
5. 100g whole egg
6. 18g egg yolk
7. 60g yogurt
8. 1/2 tsp vanilla
9. 1/4 cup milk
10. 113g plain flour
11. 1/4 tsp baking soda
12. 1/2 tsp salt
13. 100g sugar

Cara-caranya ialah:

1. Sift flour, baking powder and salt (Put aside)
2. Mix cocoa powder to hot water and stir. (Put aside)
3. Combine yogurt and milk together. Mix well. (Put aside)
4. Melt chocolate in a pan. Remove from heat. Add soft butter & vanilla. Mix well. Then add to cocoa mix. Whip until well incorporated.
5. Whip eggs and egg yolks on high speed until foamy.
6. Then add sugar bit by bit. (Streaming method)
7. Then add chocolate mix into the batter and whip about 30sec.
8. Add dry ingredients alternately with liquid milk/yogurt mixture and dry ingredients.
9. Pour batter into 2x6 inches pan. (4 pans)
10. Bake at 180deg for 25- 30 mins.

Kek yang telah masak, sejukkan dahulu sebelum dilapis dengan krim cheese dan ganache.

4 lapis kek

Sementara menunggu kek sejuk, siapkan Ganache (topping).

Bahan-bahannya ialah:

1. 50g Dark Couverture Chocolate
2. 50g Milk Couverture Chocolate
3. 100g Dairy Cream
3. 12g Butter

Cara-caranya ialah:

1. Heat up dairy cream.
2. Add chocolate couverture and butter. Mix well.

Setelah kek sejuk, paipkan ganache filling dan cream cheese secara berselang-seli. Hempapkan dengan sekeping kek di atasnya. Dan paipkan pula cream cheese dan ganache filling secara berselang-seli. Hempapkan sekeping lagi kek di atasnya. Dan paipkan lagi corak yang pertama. Hempapkan kek lapisan yang terakhir sekali. Dan sapukan cream cheese di sekelilingnya seperti gambar di bawah ini.


Setelah itu Ganache toppingsejuk, tuangkan di atas kek tadi dengan Ganache topping. Pastikan semuanya rata di sekelilingnya.

Hiaskan kek tadi dengan ganache bentuk bunga dan strawberry seperti gambar di bawah ini. Taburkan di sekelilingnya dengan Compound Chocolate yang telah diparut. Hmmmm.... Cantik kan.... Penuh dengan cokelat.


Dipandang cantik... Dimakan sedap...

Selamat mencuba.

Saturday, 21 December 2013

Mee Hoon Goreng Putih

Hmmm... Malas rasanya Cik Long nak masak hari ini. Eh, boleh pulak gitu?

Perut minta diisi. Anak-anak pun tentu kebulur tak makan gara-gara Cik Long yang pemalas. Dosa tau! Dosa, dosa, dosa......

Hahaha...

Cik Long pun bongkar kabinet dapur dan peti sejuk untuk mencari apa sahaja bahan yang mudah untuk dimasak. Okey, nampaknya hari ini Cik Long nak masak mee hoon goreng putih yang mudah dan lazat.

Tidak sampai lima belas minit dah siap pun. Mudah kan?


Resepi Cik Long main campak-campak aje. Ikut selera sendiri. Hehe....

Mee Hoon putih (rebus dulu)
Taugeh
Sawi
Udang
Hirisan daging lembu
Hirisan Fishball
Bawang putih ditumbuk
Bawang goreng
Knorr Stok Kiub ayam
Light soya sauce
Secubit garam
Serbuk lada putih
Tomato * optional
Daun Koo Chye * optional

Cara-caraya:-
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan daging hirisan, udang dan fishball.
3. Masukkan taugeh dan sawi.
4. Masukkan light soya sauce, secubit garam, stok kiub ayam dan serbuk lada putih.
5. Masukkan mee hoon putih yang telah direbus.
6. Gaul rata dan akhir sekali masukkan daun koo chye atau hiaskan dengan tomato.

Okey, dah siap! Selepas itu bolehlah dimakan.... Hehe

Friday, 20 December 2013

Kek Opera Yang Lazat!

Cik Long telah mengikuti kelas membuat kek pada hari Selasa yang lalu. Cik Long berasa sangat gembira sekali. Cik Long telah berjaya membuat sebiji Kek Opera yang lazat. Yay! Berjaya! Berjaya! Hahaha... Macam adegan cerita Bujak Lapok pulak!

Selama ini Cik Long telah mencuba berbagai-bagai resepi daripada blog-blog yang canggih. Namun tiada yang dapat memenuhi citarasa Cik Long.

Dengan mengikuti kelas-kelas membuat kek, Cik Long telah mempelajari teknik-teknik yang betul untuk menyediakan bahan-bahan membuat kek. Alhamdulillah.....

Beginilah bentuk Kek Opera yang telah siap!

Kek Opera

Esok, Cik Long akan menaikmuatkan resepi Kek Opera untuk dijadikan bahan rujukan kelak.

Hingga bertemu lagi..... Bye!