Saturday, 21 December 2013

Mee Hoon Goreng Putih

Hmmm... Malas rasanya Cik Long nak masak hari ini. Eh, boleh pulak gitu?

Perut minta diisi. Anak-anak pun tentu kebulur tak makan gara-gara Cik Long yang pemalas. Dosa tau! Dosa, dosa, dosa......

Hahaha...

Cik Long pun bongkar kabinet dapur dan peti sejuk untuk mencari apa sahaja bahan yang mudah untuk dimasak. Okey, nampaknya hari ini Cik Long nak masak mee hoon goreng putih yang mudah dan lazat.

Tidak sampai lima belas minit dah siap pun. Mudah kan?


Resepi Cik Long main campak-campak aje. Ikut selera sendiri. Hehe....

Mee Hoon putih (rebus dulu)
Taugeh
Sawi
Udang
Hirisan daging lembu
Hirisan Fishball
Bawang putih ditumbuk
Bawang goreng
Knorr Stok Kiub ayam
Light soya sauce
Secubit garam
Serbuk lada putih
Tomato * optional
Daun Koo Chye * optional

Cara-caraya:-
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan daging hirisan, udang dan fishball.
3. Masukkan taugeh dan sawi.
4. Masukkan light soya sauce, secubit garam, stok kiub ayam dan serbuk lada putih.
5. Masukkan mee hoon putih yang telah direbus.
6. Gaul rata dan akhir sekali masukkan daun koo chye atau hiaskan dengan tomato.

Okey, dah siap! Selepas itu bolehlah dimakan.... Hehe

No comments:

Post a Comment