Hari ini cuti umum. Tapi Cik Long duduk sahaja di rumah. Kenapa eh?
Oh, semalam Cik Long dan keluarga Cik Long telah pulang ke kampung Pontian, Johor Bahru menziarahi Abah dan Emak Cik Long. Nampaknya semalam adalah hari terakhir Cik Long dapat berjalan-jalan sepanjang cuti sekolah ini. Esok Cik Long akan mula ke sekolah menghadiri mesyuarat yang panjang sebelum sekolah dibuka pada minggu hadapan.
Jalan ke kebun Abah dan Emak masih jalan kampung. Jalan yang tidak rata dan tidak bertar. Bila agaknya jalan raya di kampung akan bertar, ya?
Jalan Kampung |
Cik Long juga telah menziarahi itik, angsa, ayam dan kucing-kucing Abah dan Emak. Cik Long terkejut apabila ternampak sebuah pondok kecil yang telah Abah bina untuk kucing-kucingnya. Wah, kucing pun ada pondok, tau! Nampak tak, seekor kucing yang sedang berehat di atas kerusi. Bukan main lagi! Ada beberapa ekor kucing yang sedang tidur di dalam pondok dan di atas bangku yang Abah buat. Hish, hish, hish! Seronok betul jadi kucing, kan! Ada orang yang jaga makan dan minum dan tempat tidur! Kucing tau makan, tidur, makan, tidur! Tidak perlu bekerja! Haha...
Pondok Kucing |
Seronok betul tengok angsa-angsa ini yang sedang berehat di bawah pokok. Duduk berehat tetapi mulut bising aje.... Ang... Ang.... Ang....
Angsa |
No comments:
Post a Comment